SESI LIBAT URUS KAJIAN SISTEM SARAAN

Ditulis pada .

SESI LIBAT URUS KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PENJAWAT AWAM NEGERI
Sesi Libat Urus Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Bersama Penjawat Awam Negeri Terengganu telah diadakan pada 5 September 2023 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman.
Turut hadir, dalam sesi ini ialah Yang Berhormat Mulia Tengku, Setiausaha Kerajaan Terengganu dan YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia, rombongan JPA serta 1,000 peserta Skim Perkhidmatan Awam di Terengganu yang terdiri daripada pelbagai skim dan gred jawatan.
Sesi libat urus ini diadakan bagi memastikan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan dapat dilaksanakan secara terangkum dan menyeluruh. Selain itu, sesi libat urus ini diadakan bagi mendapatkan cadangan serta input penambahbaikan ke arah pembangunan sistem saraan yang mampan dan berdaya saing.

 

 

@berita dari unit perkhidmatan.

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PROGRAM PEGAWAI INTEGRITI BERTAULIAH (CeIO) NEGERI TERENGGANU

Ditulis pada .

Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) adalah merupakan program bagi melahirkan pegawai integriti bertauliah (CeIO) dalam sektor awam, GLC dan Swasta. Pegawai Integriti Bertauliah ini berperanan dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan keberkesanan program integriti dan juga sebagai pemangkin untuk membudayakan kerja integriti, pencegahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan penjawat awam.

Program ini adalah kerjasama di antara Kerajaan Negeri Terengganu dengan pihak Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) yang melibatkan 32 orang pegawai daripada pelbagai jabatan dan agensi negeri terengganu. Program ini telah bermula pada Mei 2023 dan berakhir Julai 2023.

Enhancing Integrity Programme (EIP) merupakan salah satu tugasan yang perlu diselesaikan oleh para peserta CeIO dimana para peserta telah mengadakan program yang bertemakan kebersihan dengan dengan tajuk ‘Bersih’ Ke Dok Ganu Kiter pada 8 Julai 2023 bertempat di Pantai Seberang Takir yang dirasmikan oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Program tersebut juga dihadiri oleh Dato’ Nara Setia, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, Puan Afnida Aini binti Alwi, SUB BPSM, Tuan Hazrul Shazreen bin Abd Yazid,Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu dan Puan Sarimah binti Sulaiman, Ketua Pusat Pembangunan Integriti Korporat  MACA. Aktiviti Plogging yang melibatkan Integrity Champion (ICs) merupakan simbolik kepada tema EIP dan merupakan pendekatan yang lebih santai untuk mendedahkan IC kepada isu dan permasalahan sebenar yang dihadapi pada mutakhir ini. Selain plogging aktiviti penanaman pokok juga diadakan semasa program EIP.

Seminar Kelestarian Integriti.

Seminar kelestarian Integriti (SKI) yang bertajuk “Setebal Mana Iman Kita, Atau Senipis Kulit Bawang” telah diadakan pada 10 Julai 2023 bertempat di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Program ini berkonsepkan forum dan panel yang dijemput adalah Ustaz Abdul Halim bin Awang, Pensyarah Kanan Fakulti pengajian Kontemporari Islam (UNISZA), DSP. Maizura binti Abdul Kadir, Timbalan Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM Terengganu dan Hajjah S. Normalis binti Abd Samad (CeIO) YMS Consultan manakala moderator forum adalah Encik Juhari bin Abdul Kadir (CeIO) Ketua Unit Integriti, UMT.

Majlis Penutup Program Pegawai Integriti Bertauliah Siri 34/2023 Negeri Terengganu diadakan pada 10 Julai 2023 bertempat di Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Majlis Penutup tersebut telah dirasmikan oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, SUK Terengganu. Turut hadir ke majlis tersebut adalah Yang Berhormat Dato’ Nara Setia, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, YBhg Dato’ Haji Idris bin Zaharudin, Pengarah MACA, , YBhg Dato’ Haji Ishamuddin bin Hashim, Pengarah PTG Negeri Terengganu.

Majlis ini juga melibatkan penyerahan sijil penyertaan oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja kepada 32 orang peserta CeIO dan juga penyerahan Sijil Penyambungan Semula Sijil Pegawai Integriti Bertauliah kepada 33 orang pegawai integriti yang telah disempurnakan oleh Pengarah MACA. YBM Tengku Seri Bijaya Raja turut menerima Sijil Penyambungan Semula Pentauliahan daripada Pengarah MACA.

 

 

@berita dari unit Integriti.

 

SISTEM PENGURUSAN MEJA BANTUAN (SPMB)

Ditulis pada .

Sistem Pengurusan Meja Bantuan merupakan produk baharu JPA dalam meningkatkan kecekapan dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan dalam memberi kemudahan menguruskan aduan aplikasi ICT secara telus dan cekap. Antara kelebihan SPMB adalah:
 
a) Berkonsepkan Single Sign On (SSO) yang menggunakan ID HRMIS pengguna;
b) Pengurusan aduan atas talian secara end-to-end;
c) Responsif untuk semua jenis peralatan seperti komputer peribadi, komputer riba dan telefon bimbit;
d) Pemantauan aduan boleh dibuat pada setiap peringkat status tindakan;
e) Memberi peringatan kepada pengguna untuk tindakan susulan; dan
f) Pengawasan Key Performance Indicator (KPI) penyelesaian aduan yang lebih ketat.
3. Pelaksanaan penggunaan SPMB telah bermula secara rasminya pada 1 Jun 2018. Sehubungan itu, aduan melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. tidak lagi diterima dan segala aduan perlu dibuat melalui SPMB sahaja. Manual Pengguna sistem ini boleh dimuat turun melalui pautan berikut :
a) Menu Manual Pengguna di dalam SPMB;
b) Portal HRMIS di bawah Menu Muat Turun; atau