PERHIMPUNAN BULANAN WARGA KERJA WISMA DARUL IMAN

Ditulis pada .

Unit Integriti, Prestasi dan Kaunseling (IPK) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman bagi Bulan April 2017 pada 5hb April 2017 bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman.

Perhimpunan Bulanan diadakan serentak dengan Majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman bagi bulan Mac 2017. APC Bulanan ini diadakan bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga kerja Wisma Darul Iman yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan. Selain itu, ucapan amanat dan perkongsian ilmu daripada YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Terengganu kepada Warga Kerja Wisma Darul Iman.

 

@berita dari unit Integriti, Prestasi dan Kaunseling.

MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

Ditulis pada .

Pentadbiran Negeri yang diurusetiakan oleh Unit Integriti, Prestasi & Kaunseling dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu pada 5 April 2017 bertempat di Bilik Gerakan, Tingkat 17, Wisma Darul Iman.

Majlis ini merupakan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif  bin Abd. Rahman, Menteri Besar Terengganu bersama Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Terengganu yang turut disaksikan oleh Datuk Dzulkifli bin Ahmad, Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Ikrar Bebas Rasuah merupakan janji yang dibuat oleh pemimpin dan warganya dalam kapasiti sebagai individu, untuk menjunjung tanggungjawab serta akauntabiliti bagi menjauhi serta menghindari diri daripada terlibat dengan sebarang godaan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang melaksanakan tugas.

 

@berita dari unit Integriti, Prestasi dan Kaunseling.

MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH DAN PELANCARAN BUKU KOD ETIKA PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI TERENGGANU

Ditulis pada .

Selaras dengan prinsip ke-4 Transformasi Terengganu Baharu, Bersih Dalaman dan Luaran, Unit Integriti, Prestasi dan Kaunseling, BPSM dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu telah mengadakan majlis manandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan Pelancaran Buku Kod Etika Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu pada 28 Februari 2017 bertempat di dewan Aspirasi, UiTM Dungun, Terengganu.

Seramai 1000 orang pegawai & kakitangan yang terdiri daripada pelbagai jabatan/agensi negeri Terengganu telah hadir menjayakan program tersebut yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Bin Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu. Turut hadir bersama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Terengganu dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri.

Objektif  utama program ini diadakan adalah untuk menzahirkan komitmen penjawat awam dalam membanteras gejala rasuah dan tekad menyokong inisiatif integriti. Mengukuhkan tahap tadbir urus yang baik dan berintegriti serta kebertanggungjawaban dalam proses dan prosedur penyampaian perkhidmatan. Membantu melindungi reputasi Pihak Berkuasa Tempatan, meningkatkan daya saing dan kualiti penyampaian perkhidmatan.

 

 

@berita dari unit Integriti, Prestasi dan Kaunseling.