MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2010

Ditulis pada .

Kumpulan Kior Jabatan Pertanian Negeri Terengganu bersedia untuk menyanyikan lagu Negaraku

Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini telah diadakan di Ibai Golf Country Resort pada 19 Disember 2010. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada kakitangan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu yang cemerlang sepanjang tahun 2009.

Seramai 35 orang kakitangan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 10 orang menerima Anugerah Pencen Wajib, 5 orang menerima Anugerah Pencen Pilihan serta 5 orang menerima Anugerah Pencen Terbitan.

Majls ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Md.Yusof Bin Maidin, Pengarah Pertanian Negeri Terengganu. Dalam ucapan, beliau berharap  agar penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dapat menjalankan tugas dengan lebih bersemangat dan juga berharap agar anugerah ini dapat menjadi pemangkin kepada semua penerima dan kakitangan lain dalam melaksanakan tanggungjawab dengan lebih bersungguh-sungguh dan berdaya saing. Bagi kakitangan yang bersara, beliau mengucapkan terima kasih di atas perkhidmaatan yang telah diberikan sepanjang berkhidmat dengan Jabatan Pertanian dan pihak jabatan bersedia untuk membantu sekiranya pesara jabatan berminat untuk terlibat dalam pertanian selepas bersara.

Majlis ini turut diserikan lagi dengan persembahan kior oleh pasukan kior Jabatan Pertanian Negeri Terengganu yang sangat menarik. Antara lagu yang disampaikan adalah Negaraku,Wawasan Jabatan Pertanian, Joget Terengganu serta Perkhidmatan Awam.