KURSUS MENUNAIKAN IBADAT HAJI 1438H ANJURAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU

Ditulis pada .

Unit Integriti, Prestasi dan Kaunseling (IPK) telah mengadakan kursus ibadat haji kepada bakal-bakal jemaah haji yang akan mengerjakan ibadat haji pada tahun 1438H/ 2017M pada 22 Julai 2017 bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman. 

Seramai 157 orang perserta telah hadir bagi mengikuti kursus tersebut yang terdiri daripada penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu dan Anugerah Khas Iman & Bilal di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Pawan Chik bin M. Hussain.

Kursus ini diadakan bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman yang lebih khusus mengenai jenis dan cara pelaksanaan haji. Melahirkan jemaah haji yang mempunyai pengetahuan yang mantap dan dapat melaksanakan ibadat haji dengan sempurna dan membantu mendapatkan haji yang mabrur. 

 

 

@berita dari unit Integriti Prestasi Dan Kaunseling.

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) BIL.3/2017

Ditulis pada .

Program Transformasi Minda (PTM) Bil. 3/2017 telah diadakan pada 13 hingga 18 Mei 2017 bertempat di Darul Iman Training Center (DITC) Teluk Kalong Kemaman, Terengganu. Program ini dianjurkan oleh pejabat setiausaha kerajaan Terengganu bahagian pengurusan sumber manusia. Penganjuran kali ini telah melibatkan seramai 54 orang peserta lelaki dan 26 orang peserta perempuan yang berjumlah seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. objektif  program transformasi minda adalah memberi pendedahan yang sama kepada semua anggota dalam Perkhidmatan Awam mengenai sejarah negara, dasar utama Kerajaan, rancangan dan program pembangunan negara. Selain itu, Meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab sebagai pegawai awam, Memberi penjelasan kepentingan dan keperluan penyampaian perkhidmatan yang berkesan, serta memberi kefahaman asas mengenai pengurusan dan budaya kerja dalam satu-satu perkhidmatan dan organisasi yang khusus. Majlis perasmian penutup program ini telah disempurkan oleh Encik Muhamad Ridzuan Bin Hashim, Penolong Setiausaha Kerajaan (Latihan dan Kerjaya)  Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

 

@berita dari Unit Latihan dan Kerjaya.

BENGKEL PELAN INTEGRITI ORGANISASI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU

Ditulis pada .

Pentadbiran Negeri yang diurusetiakan oleh Unit Integriti, Pestasi & Kaunseling dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia telah mengadakan Bengkel Pelan Integriti Organisasi (PIO) pada 7hb hingga 9hb Mei 2017 bertempat diInstitut Integriti Malaysia, Kuala Lumpur.

Bengkel ini merupakan usaha sama di antara PSUK Terengganu dan IIM yang bertujuan untuk menyemak semula serta membuat penilaian ke atas PIO PSUKT antara 2014 hingga 2016 dan merangka strategi dan halatuju pelaksanaan PIO PSUKT tahun 2017 hingga 2020. Penceramah yang akan menyampaikan taklimat pada bengkel tersebut adalah terdiri daripada pegawai-pegawai IIM.

Seramai 18 orang peserta yang terlibat secara langsung dengan Pelan Integriti Organisasi di Bahagian dan Unit PSUKT. 

 

 

@berita dari unit Integriti.