MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KEPADA JAWATANKUASA INTEGRITI DAN TADBIR URUS (JITU) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU BIL. 2/2017

Ditulis pada .

Unit Integriti,Prestasi & Kaunseling bertindak sebagai urus setia negeri telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kepada Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) Peringkat Negeri Terengganu Bil. 2 Tahun 2017 pada 7 September 2017 bertempat di Tingkat 17, Bilik Gerakan,Wisma Darul Iman.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Terengganu dan turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan serta wakil-wakil dari setiap jabatan/ agensi negeri Terengganu bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Terengganu.

Antara agenda yang dibincangkan ialah pembentangan dapatan program Comunity Integrity Building – (CIB) di kawasan Operasi Majlis Pekan Ajil, Hulu Terengganu oleh Institut Integriti Malaysia. Perkongsian program Comunity Integrity Building – (CIB) di kawasan Operasi Majlis Pekan Ajil, Hulu Terengganu oleh Ketua Pasukan Pemantau CIB. Perkongsian program Kembara Jelajah Anti Rasuah (KEJAR 17) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Penemuan laporan Ketua Audit Negara oleh Unit Audit Dalam. PSUK Terengganu, Laporan Mesyuarat JITU Peringkat Daerah serta Laporan Aduan/ Maklum Balas Pelanggan oleh Biro Pengaduan Awam dan Unit Korporat, PSUK Terengganu.

 

@berita dari unit Integriti, Prestasi dan Kaunseling.

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2017

Ditulis pada .

Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia Negeri Terengganu yang bersidang pada 21hb Mei 2017 telah bersetuju memilih seramai 50 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2017 yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan di bawah Jabatan/ Agensi Negeri Terengganu.

Majlis Anugerah Perkhdimatan Cemerlang  (APC) telah diadakan pada 2hb Ogos 2017 bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman. Penganugerahan ini bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai dan kakitangan awam negeri Terengganu yang telah menunjukkan kecemerlangan kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

Penerima yang berjaya telah menerima insentif daripada Kerajaan Negeri berupa duit kecemerlangan sebanyak RM5,000.00, Anugerah Khas Menunaikan Fardhu Haji/ Umrah dan Sijil Penghargaan. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Haji Ahmad Razif Bin Haji Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu.

 

 

@berita dari unit Integriti Prestasi Dan Kaunseling.

PROGRAM BACAAN YASIN DAN CERAMAH INTEGRITI

Ditulis pada .

Unit Integriti, Prestasi & Kaunseling selaku urus setia program telah mengadakan program bacaan yasin, tahlil dan tazkirah agama kepada pegawai dan kakitangan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu pada 27 Julai 2017 bertempat di Tingkat 2, Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Program ini merupakan program Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu sebagaimana yang telah diputuskan dalam Mesyuarat MBJ Bil. 3/2014 pada 14hb Oktober 2014. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dalam membuat perlantikan pegawai daei’ dan iman masjid di sekitar Kuala Terengganu bagi mengetuai bacaan yasin dan ceramah integriti.

Ceramah dan bacaan yasian telah disampaikan oleh Ustaz Wan Mohd Daud bin Wan Sulong, Iman Masjid Al- Ikhlas, Banggol Tuan Muda.

 

 

@berita dari unit Integriti Prestasi Dan Kaunseling.