PROGRAM “PROFESIONAL TALK'S” SECARA KOLABORASI DI UNIVERSITI SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA), KUALA TERENGGANU

Ditulis pada .

Program Profesional Talk ini telah diadakan pada 18 April 2016 bertempat di Dewan Perdana, Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UNiSZA), Kuala Terengganu. Program ini diadakan secara kolaborasi dengan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UNiSZA yang melibatkan Pegawai Tadbir Negeri dan pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Komunikasi. ANtara objektif program ini adalah mendedahkan Pegawai Tadbir Negeri (PTN) untuk membiasakan diri bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan struktur Bahasa Inggeris yang betul, mengendalikan program bual bicara dalam kumpulan yang kecil dan melatih kemahiran menjawab soalan dengan teknik yang betul. Perasmian Profesional Talk ini telah dirasmikan oleh Y.M Datuk Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia).

 

@berita dari unit Pembangunan Organinisasi & Inovasi.

PERHIMPUNAN BULANAN WARGA KERJA WISMA DARUL IMAN

Ditulis pada .

Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman diadakan tiga (3) bulan sekali iaitu empat (4) kali setahun. Bagi bulan Januari hingga Mac 2016 majlis telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman.

Perhimpunan bulanan warga kerja Wisma Darul Iman diadakan secara serentak dengan Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Peringkat Wisma Darul Iman bagi bulan Januari, Februarai & Mac 2016, Penyampaian Pengiktirafan 5 Bintang Agensi Sektor Awam kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu daripada MAMPU dan Anugerah Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu bagi tahun 2016.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Terengganu.

 

@berita dari unit Integriti.

CERAMAH INTEGRITI : INTEGRITI DALAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Ditulis pada .

Unit Integriti, Prestasi dan Kaunseling (IPK) dengan kerjasama Puspanita Negeri Terengganu telah mengadakan ceramah integriti kepada penjawat awam dan pelajar-pelajar IPT di negeri Terengganu pada 4 April 2016 bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman. Tajuk yang telah diketengahkan iaitu Integriti Dalam Pembangunan Modal Insan.

Ceramah integriti dianjurkan bertujuan untuk menanam aspek integiti penjawat awam dalam pembangunan modal insan dimana pentingnya kepakaran dan kekuatan peribadi bagi menjana modal insan yang positif dan berupaya menghadapi era globalisasi  yang semakin mencabar pada hari ini.  

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Sidek Bin Baba, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

 

 

@berita dari unit Integriti.