SEMINAR PEMANTAPAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN

Ditulis pada .

Satu Program telah diadakan  bagi memberi pendedahan kepada penjawat awam berkaitan keselamatan-keselamatan dokumen kerajaan yang telah diadakan pada 15 dan 20/6/2016 bertempat di Dewan Konvensyen tingkat 2, Wisma Darul Iman yang telah dihadiri oleh kakitangan2 Wisma Darul Iman. Program ini kerjasama dengan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Terengganu yang hadir lebih kurang 250 orang peserta. Program berjalan Dengan Lancar Serta Jayanya ..:-

 

 

@berita dari unit Latihan dan Kerjaya.

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) BIL.3/2016

Ditulis pada .

Program Transformasi Minda (PTM) Bil. 3/2016 telah diadakan pada 14 hingga 19 Mei 2016 bertempat di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Terengganu. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia). Penganjuran kali ini telah melibatkan seramai 50 orang peserta terdiri daripada Agensi Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun.  Objektif  Program Transformasi Minda adalah memberi pendedahan yang sama kepada semua anggota dalam Perkhidmatan Awam mengenai Sejarah Negara, Dasar Utama Kerajaan, Rancangan dan Program Pembangunan Negara. Selain itu, meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab sebagai pegawai awam, Memberi penjelasan kepentingan dan keperluan penyampaian perkhidmatan yang berkesan, serta memberi kefahaman asas mengenai pengurusan dan budaya kerja dalam satu-satu perkhidmatan dan organisasi yang khusus. Majlis perasmian penutup program ini telah disempurkan oleh Y.M. Datuk Tengku Farok Hussin bin Tg. Abdul Jalil selaku Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. 

 

 

@berita dari Unit Latihan dan Kerjaya..

BENGKEL HRMIS PENGURUSAN CUTI & PENAMATAN PERKHIDMATAN 2016

Ditulis pada .

Bahagian Pembangunan Organisasi Dan Inovasi telah mengadakan Bengkel Hrmis Pengurusan Cuti & Penamatan Perkhidmatan Siri 1/2016 pada 22 - 23 Mac 2016, siri 2/2016 pada 3 - 4 April 2016 dan siri 3/2016 pada 24 - 25 April 2016 bertempat di Pusat Latihan ICT, Paya Keladi, Kuala Terengganu. Objektif bengkel ini diadakan bagi memantapkan lagi penggunaan sepenuhnya modul - modul HRMIS bagi semua kakitangan di Jabatan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri. Pada tahun 2016 JPA telah memasukkan kriteria baharu dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) iaitu Pelaksanaan Penamatan Perkhidmatan melalui HRMIS.

 

@berita dari unit Pembangunan Organinisasi & Inovasi.