Majlis Pelancaran Buku Ar-Ru'Asa Tokoh-Tokoh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu 1911-2016

Ditulis pada .

Majlis Pelancaran Buku Ar-Ru’Asa Tokoh-Tokoh Kerajaan Negeri Terengganu (1911-2016) memaparkan maklumat 22 orang tokoh Setiausaha Kerajaan Terengganu dari tahun 1911 hingga kini (2016).

Tujuan buku ini diterbitkan adalah untuk menghargai jasa-jasa tokoh-tokoh SUK Terengganu di samping untuk dijadikan bahan rujukan sejarah bagi generasi sekarang dan akan datang. Majlis pelancaran buku ini telah diadakan pada 27 Julai 2016 bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Kaedah kajian bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang wujud dalam buku ini ialah dengan kaedah temuramah mantan-mantan SUK dan waris-waris mantan SUK, bahan bacaan, koleksi gambar, keratin akhbar dari pelbagai sumber seperti jabatan-jabatan dan orang-orang perseorangan  contoh : Arkib Negara Cawangan Terengganu, Muzium Terengganu, Dewan Undangan Negeri Tarengganu dan beberapa orang perseorangan seperti YBhg. Dato’ Nara Setia (Dato’ Wan Isa bin Wang Long) dan YM Dato’ Tengku Ismail bin Tengku Jaafar.

Sidang redaksi bagi penerbitan buku ini terdiri daripada 13 orang diketuai oleh YB Dato’ Haji Osman bin Muda Setiausaha Kerajaan Terengganu manakala pengarah produksi ialah YM Datuk Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil. Buku ini mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan bermula Oktober 2014.

 

@berita dari Pembangunan Organisasi dan Inovasi

 

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2016

Ditulis pada .

Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia Negeri Terengganu yang bersidang pada 8 Mei 2016 telah bersetuju memperakukan dan memilih 50 orang calon daripada pelbagai Jabatan Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu bagi menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2016.

Justeru itu, satu Majlis penyampaian  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Negeri Terengganu telah diadakan bagi menghargai dan memberi pengiktirafan kepada penerima anugerah yang telah manabur berkhidmat yang cemerlang dengan  Kerajaan Negeri Terengganu.  Majlis tersebut telah diadakan pada 24 Julai 2016 bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Anugerah tersebut turut meraikan pasangan dan ahli-ahli keluarga penerima. Penerima yang berjaya menerima duit kecemerlangan sebanyak RM5000.00, ditawarkan menunaikan Fardu Haji atau Umrah beserta Plug dan Sijil Penghargaan  yang telah disempurnakan oleh YAB Haji Ahmad Razif Bin Haji Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu.

 

@berita dari unit Integriti, Prestasi dan Kaunseling.

CERAMAH INTEGRITI “BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA”

Ditulis pada .

Unit Integriti, Prestasi dan Kaunseling (IPK) telah mengadakan ceramah integriti ”Biasakan yang betul, betulkan yang biasa” yang diadakan pada 17 Julai 2016 bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Encik Syamsul Amri Bin Haji Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Seramai 600 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan negeri Terengganu telah hadir menjayakan ceramah tersebut.

Tujuan utama pelaksanaan ceramah integriti ini adalah sebagai asas dalam memupuk dan membudayakan nilai-nilai integriti dalam kalangan penjawat awam di negeri Terengganu. Melalui ceramah ini, ia mampu memberi kesedaran dan mendorong penjawat awam untuk sentiasa mengutamakan aspek integriti dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

 Objektif ceramah ini diadakan bertujuan untuk membentuk pemikiran yang positif, memberi kesedaran nilai-nilai integriti dalam aspek tugas seharian, meningkatkan komitmen penjawat awam tentang aspek pembudayaan integriti dalam organisasi dan meningkatkan nilai kerja cemerlang dan pengurusan sahsiah kendiri.

 

@berita dari unit Integriti, Prestasi dan Kaunseling.