MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2016

Ditulis pada .

Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2016 telah diadakan pada 27 hingga 28 September 2016 di Wisma Darul Iman Kuala Terengganu.

Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri yang diadakan setiap tahun sepertimana MPIPA Peringkat Kebangsaan.Perasmian penutup Majlis Persada ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zainal Abidin bin Hussin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu (Pengurusan).

Objektif MPIPA ini adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan di atas sumbangan kakitangan KIK dalam menyumbang ide dan penyelesaian di dalam memberi perkhidmatan terbaik.Ia juga merupakan platform mempromosi hasil penemuan kumpulan untuk sama-sama berkongsi kearah kebaikan sesama jabatan negeri di samping dapat menerapkan budaya KIK bagi membantu perkhidmatan awam menyelesaikan masalah berkaitan dengan kerja,mencetuskan inovasi dan seterusnya membuat penambahbaikan secara berterusan.

Untuk MPIPA kali ini, sebanyak lima belas (16) pasukan KIK yang mengambil bahagian iaitu tujuh (7) bagi Kategori Pengurusan dan lapan (8) bagi Kategori Teknikal manakala satu (1) bagi kategori Hybrid

Senarai Pasukan bertanding seperti di bawah:-

1.  Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu

2.  Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

3.  Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu

4.  Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

5.  Pejabat Daerah Kemaman

6.  Pejabat Tanah Besut

7.  Pejabat Tanah Hulu Terengganu

8.  Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu

9.  Bengkel Pemulihan Kebajikan Masyarakat Marang

10.Jabatan Kerja Raya Daerah Dungun

11.Majlis Perbandaran Dungun

12.Pejabat Daerah Besut

13.Pejabat Tanah Setiu

Dalam Majlis Persada tersebut, Kumpulan STEP (Kategori Pengurusan)  dari Pejabat Tanah Besut dan Kumpulan CYCLONE (Kategori Teknikal) dari Majlis Bandaraya Kuala Terengganu serta Kumpulan HARMONI (kategori Hybrid) dari Pejabat Daerah dan Tanah Besut telah berjaya menjadi Johan.Ketiga tiga pasukan ini akan mewakili negeri ke Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam 2016 di Melaka International Trade Centre (MITC) pada 13 hingga 15 November 2016.

 

@berita dari unit Inovasi.

PERHIMPUNAN BULANAN WARGA KERJA WISMA DARUL IMAN

Ditulis pada .

Unit Integriti, Prestasi dan Kaunseling (IPK) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman pada 10 Ogos 2016 bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman.

Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman diadakan secara serentak dengan Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Peringkat Wisma Darul Iman bagi bulan April, Mei & Jun 2016. Seramai lima belas (15) orang penerima yang terdiri daripada pegawai & kakitangan telah dipilih untuk menerima anugerah yang disampaikan oleh YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Terengganu. Penerima yang berjaya akan menerima duit kecemerlangan sebanyak RM500.00 berserta Sijil Penghargaan.

 

@berita dari unit Integriti, Prestasi dan Kaunseling.

SEMINAR PSIKOLOGI KECERGASAN ‘’FIT@WORK 2016’’

Ditulis pada .

Unit Integriti, Prestasi dan Kaunseling (IPK) dengan usahasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan Seminar Psikologi Kecergasan ”Fit@Work 2016’’ pada 10 Ogos 2016 kepada Penjawat Awam Negeri Terengganu. Seramai 250 orang peserta terdiri daripada pegawai & kakitangan dari Daerah Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus telah hadir menjayakan seminar tersebut. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh YM Datuk Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Terengganu (PSM) dan Ceramah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Zulkifli bin Abd Kadir, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sukan & Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Objektif utama penganjuran seminar tersebut bertujuan memberi kesedaran untuk meningkatkan kualiti hidup sihat dan cergas ke arah hidup yang berkualiti serta memberi pendedahan kepada penjagaan kesihatan dan kecergasan yang sistematik dan efektif. Selain itu mendorong setiap individu untuk melakukan aktiviti kecergasan setiap masa dan tempat walaupun di pejabat.

 

@berita dari unit Integriti, Prestasi dan Kaunseling.