PROGRAM HARI INTEGRITI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2016

Ditulis pada .

Unit Integriti, Prestasi & Kaunseling, BPSM telah menganjurkan Program Hari Integriti Peringkat Negeri Terengganu 2016 sempena Hari Integriti Nasional yang disambut di seluruh negara pada 5 November setiap tahun pada 9 November 2016 bertempat di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Peserta yang hadir terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana dari pelbagai jabatan/agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun dan NGO’s.
Program Hari Integriti Peringkat Negeri Terengganu 2016 diadakan Program ini bertujuan membentuk integriti komuniti dalam mendorong membudayakan nilai-nilai murni serta menjaga kerukunan hidup dalam komuniti termasuk menangani gejala rasuah. Disamping itu juga dapat memupuk kesedaran dalam kalangan penjawat awam mengenai keperluan dan kepentingan membina nilai-nilai murni dan berintegriti dalam institusi keluarga.

 

@berita dari unit Integriti, Prestasi dan Kaunseling.

LAWATAN KERJA DUTA INTEGRITI MRT CORP KE PEJABAT SUK TERENGGANU

Ditulis pada .

Unit Integriti Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah mengadakan lawatan kerja di Jabatan Integriti Pejabat SUK Terengganu pada 26 Oktober 2016 bertempat di Tingkat 8, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Seramai 15 orang kakitangan daripad MRT Corp yang dilantik sebagai “Duta Integriti” mewakili setiap jabatan telah hadir bersama dalam lawatan kerja ini. Tujuan utama lawatan kerja ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu serta amalan terbaik dalam pelaksanaan integriti di Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu.   

Lawatan Kerja Duta Integriti MRT Corp ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu pada 26 Oktober 2016

 

@berita dari unit Integriti Prestasi & Kaunseling.

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) BIL.5/2016

Ditulis pada .

Program Transformasi Minda (PTM) Bil. 5/2016 telah diadakan pada 8 hingga 13 Oktober 2016 bertempat di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Terengganu. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Penganjuran kali ini telah melibatkan seramai 50 orang peserta terdiri daripada agensi kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun.  Objektif  Program Transformasi Minda adalah memberi pendedahan yang sama kepada semua anggota dalam Perkhidmatan Awam mengenai sejarah negara, dasar utama Kerajaan, rancangan dan program pembangunan negara. Selain itu, Meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab sebagai pegawai awam, Memberi penjelasan kepentingan dan keperluan penyampaian perkhidmatan yang berkesan, serta memberi kefahaman asas mengenai pengurusan dan budaya kerja dalam satu-satu perkhidmatan dan organisasi yang khusus. Majlis perasmian penutup program ini telah disempurkan oleh Encik Mohamad Ridwan bin Mohd Nor Penolong Kanan Setiausaha Kerajaan Unit Latihan dan Kerjaya Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

 

 @berita dari Unit Latihan Dan Kerjaya.