MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KEPADA JAWATANKUASA INTEGRITI DAN TADBIR URUS (JITU) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU BIL. 1/2017
Unit Integriti,Prestasi & Kaunseling bertindak sebagai urus setia negeri telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kepada Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) Peringkat Negeri Terengganu Bil. 1 Tahun 2017 pada 13 Februari 2017 bertempat di Tingkat 17, Bilik Gerakan,Wisma Darul Iman.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Terengganu dan dihadiri oleh ketua-ketua jabatan serta wakil-wakil dari setiap jabatan/ agensi negeri Terengganu bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Terengganu.
Antara agenda yang dibincangkan iaitu Pembentengan Kaji Selidik Integriti Penjawat Awam Negeri Terengganu oleh Institut Darul Iman, UniSZA, penemuan laporan Ketua Audit Negara oleh Unit Audit Dalam. PSUK Terengganu, Laporan Mesyuarat JITU Peringkat Daerah serta Laporan Aduan/ Maklum Balas Pelanggan oleh Biro Pengaduan Awam dan Unit Korporat, PSUK Terengganu.
Objektif utama JITU ialah mewujudkan pentadbiran Kerajaan dan perkhidmatan awam yang cekap, berdisplin serta mempunyai integriti yang tinggi melalui pembudayaan dan pengamalan nilai-nilai murni dan etika. Merancang dan melaksanakan tindakan-tindakan pencegahan dan pemulihan bagi mengatasi masalah-masalah dan kelemahan terutamanya dalam pengurusan kewangan Kerajaan, pentadbiran awam, pengendalian kes-kes tatatertib, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewangan yang ditegah dalam agama serta perundangan dan peraturan. Mengenal pasti dan menyelesaikan isi-isu semasa berimpak tinggi yang merentasi agensi secara proaktif melalui mekanisme musyawarah, permuafakatan dan tindakan segara untuk rakyat
@berita dari unit Integriti, Prestasi dan Kaunseling.