PENGGUNAAN QR CODE DI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN (BAHAGIAN PEGURUSAN SUMBER MANUSIA)

Ditulis pada .

Zaman covid sekarang ni nak masuk premis kena scan QR code dulu kan? Tapi korang tau tak siapa yang cipta QR code tu dan apa maksudnya?
QR code sebenarnya adalah singkatan untuk “Quick Response code” atau “kod Respons Pantas”.
Dicipta pada tahun 1994 oleh kumpulan jurutera yang diketuai oleh Hara Masahiro di syarikat Denso Wave, QR code ini pada mulanya digunakan dalam industri automotif di Jepun.
Masa tu sebenarnya diorang masih guna barcode, tapi barcode tak boleh simpan banyak maklumat. Ini menyebabkan pekerja perlu scan 2-3 barcode untuk item yang sama, menjadikan kerja lambat dan tidak efisyen.
Jadi Hara dan teamnya berfikir untuk mencipta satu lagi kod yang boleh menyimpan lebih banyak data dan boleh memberi respons lebih pantas.
Hara kemudiannya berjaya mencipta QR code yang mempunyai corak petak hitam dan putih dan berbentuk 2-dimensional. Dengan corak begini, QR code boleh menyimpan 200 kali ganda lebih maklumat dan boleh membaca kod 10 kali lebih cepat dari barcode biasa.
Ini penting kerana QR code, seperti namanya “Quick Response” amat menitikberatkan kecepatan masa ia membaca satu-satu informasi dalam kod tersebut.
Di Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia), kami telah aplikasikan penggunaan QR Code ini dalam kerja seharian kami seperti pengesahan kehadiran ke sesuatu program seperti urusan melapor diri, jemputan ke majlis rasmi kerajaan, kehadiran peserta kursus, jadual program dan sebagainya.

 

@berita dari unit Latihan dan Kerjaya