MESYUARAT JAWATANKUASA ANTI-RASUAH (JAR) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU BIL. 2 TAHUN 2019

Ditulis pada .

Unit Integriti,Prestasi & Kaunseling bertindak sebagai urus setia negeri telah mengadakan Mesyuarat jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) Peringkat Negeri Terengganu Bil. 2 Tahun 2019 pada 12 November 2019 bertempat di Tingkat 17, Bilik Gerakan,Wisma Darul Iman.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Terengganu dan dihadiri oleh ketua-ketua jabatan serta wakil-wakil dari setiap jabatan/ agensi negeri Terengganu bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Terengganu.

Antara agenda yang dibincangkan iaitu Pembentangan Status Terkini Laporan Ketua Audit Negara oleh KPSU (Integriti, Prsetasi & Kaunseling), Laporan Mesyuarat JAR oleh Jabatan-Jabatan yang terlibat dan Laporan daripada SPRM bagi Kes-Kes di negeri Terengganu.  

 

@berita dari unit Integriti, Prestasi dan Kauseling.