PERHIMPUNAN BULANAN WARGA KERJA WISMA DARUL IMAN

Ditulis pada .

Unit Integriti, Prestasi dan Kaunseling, BPSM telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman bagi Bulan Disember 2019 pada 10 Disember 2019 bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman.


Majlis perhimpunan bulanan dimulakan dengan ucapan oleh YB Dato’ Mohd Zahari bin Md Azahar, Setiausaha Kerajaan Terengganu dan seterusnya Penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Bagi Bulan Ogos, September, Oktober, November & Disember 2019, Penyampaian Anugerah Sijil Pengiktirafan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Penyampaian Anugerah Penarafan Lima Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah 2019, Penyampaian Anugerah Emas di 4th Istanbul International Invention Fair 2019 (T-Event) dan Penyampaian Piala Pusingan Karnival Sukan SUK Pantai Timur 2019. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Terengganu.

 

@berita dari unit Integriti, Prestasi dan Kauseling.