PROGRAM PEMERKASAAN INSTITUSI AGAMA NEGERI TERENGGANU KE ARAH PROFESIONALISME

Ditulis pada .

Pejabat Setiausaha Kerajaan, Bahagian Pengurusan  Sumber Manusia (BPSM) telah mengadakan Program Pemerkasaan Institusi Agama Negeri Terengganu Ke Arah Profesionalisme pada 29 September hingga 1 Oktober 2019 bertempat di Cheringin Hills Conventions & SPA Resort, Janda Baik, Pahang.

Tujuan Program ini bagi meningkatkan dan menambahbaik tahap profesionalisme pegawai sesuai dengan cabaran dan tuntutan pentadbiran dan perkhidmatan sekarang. Program ini juga bagi menanam nilai-nilai integriti dikalangan pegawai berkenaan dan meningkatkan kefahaman dalam amalan bagi aspek pembangunan soft skill dikalangan peserta/pegawai, kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir secara kritis dan strategik, kemahiran mengenai perwatakan dan personaliti, pengurusan stress dan sebagainya.

Program ini terdiri daripada Pegawai Tadbir dan Pegawai Agama gred 44 dan ke atas. Jabatan yang terlibat adalah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu, Yayasan Islam Negeri Terengganu, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu dan Jabatan Pendakwaan Negeri Terengganu.

 

@berita dari unit Latihan dan Kerjaya.