MAJLIS PERSADA INOVASI HORIZON BAHARU PERKHIDMATAN AWAM PERINGKAT NEGERI TERENGGANU BAGI TAHUN 2017

Ditulis pada .

Majlis Persada Inovasi Horizon Baharu Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Terengganu bagi Tahun 2017 telah diadakan di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 19 hingga 20 November 2017.

Objektif Majlis Persada ini dianjurkan sebagai tapak lonjak pembudayaan dan pemerkasaan inovasi dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu KIK dan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan di atas sumbangan kakitangan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif yang menyumbang idea dan penyelesaian di dalam memberi perkhidmatan terbaik.

Untuk Majlis Persada ini sebanyak 23 kumpulan bertanding yang terdiri daripada  Jabatan Kerajaan Negeri, Jabatan Kerajaan Persekutuan, dan juga Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Senarai pasukan bertanding adalah seperti berikut:

 

1. TRANS BOX (AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN)

2. PRO-ENERGY (JABATAN KERJA RAYA, MARANG)

3. SYNERGY SQUAD (PEJABAT TANAH KEMAMAN)

4. MIMBAR (JABATAN KERJA RAYA, KEMAMAN)

5. ROTOR (HSNZ, K.TERENGGANU)

6. AS-SYIFA (HSNZ, K.TERENGGANU)

7. GO SMART (PEJABAT KESIHATAN DAERAH, KEMAMAN)

8. D’NOVACH (JABATAN IMIGRESIN, TERENGGANU)

9. GREEN SYSTEM TEAM (GST) (MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN)

10. SUPREMACY TROOP (MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN)

11. STRIKERS XVI (POLITEKNIK KOTA, K. TERENGGANU)

12. OGEH (PEJABAT TANAH MARANG)

13. AN-NIDA’ (YAYASAN ISLAM TERENGGANU)

14. D’LOYD (MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN)

15. HI-TECH SPEED (YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA)

16. PH FIGHTERS (PEJABAT KESIHATAN KEMAMAN)

17. GTO 2 (MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN)

18. PELITA (JABATAN BOMBA NEGERI, TERENGGANU)

19. ASPIRASI (JABATAN PENDAFTARAN, TERENGGANU)

20. CAHAYA (BENGKEL PEMULIHAN KEBAJIKAN, MARANG)

21. B’INOV (JPS, NEGERI TERENGGANU)

22. SD INOVATORS (SM SAINS DUNGUN)

23. MUTIARA  (KLINIK PERGIGIAN DAERAH MARANG)

 

Pihak urus setia pada kali memperkenalkan format baharu pemberian hadiah kepada pemenang utama iaitu Anugerah Setiausaha kerajaan dan juga Anugerah Pegawai Kewangan Negeri serta juga hadiah mengikut skala bintang bermula dari satu bintang sehingga lima bintang berbentuk wang tunai sebagaimana berikut:

 

1)        Anugerah Setiausaha kerajaan                        -           RM 7,000.00

2)        Anugerah Pegawai Kewangan Negeri             -           RM 5,000.00

3)        Anugerah Persembahan terbaik                      -           RM 500.00

4)        Anugerah Gegantung terbaik                           -           RM 500.00

5)        Skala Lima Bintang                                            -           RM 1,500.00

6)        Skala Empat Bintang                                         -           RM 1,200.00

7)        Skala Tiga Bintang                                             -           RM 800.00

8)        Skala Dua Bintang                                             -           RM 500.00

9)        Skala Satu Bintang                                             -           RM 200.00

 

Dalam Pertandingan ini, Kumpulan Strikers XVI dari Politeknik Kuala Terengganu merupakan kumpulan tunggal telah Berjaya mendapat skala penerimaan lima bintang sekaligus melayakkan mendapat Anugerah Setiausaha Kerajaan Terengganu, manakala kumpulan Ogeh dari Pejabat Tanah Marang yang telah mendapat skala penerimaan empat bintang dan telah menerima Anugerah Pegawai Kewangan Negeri. Selain itu juga, sebanyak 11 kumpulan telah mendapat skala penerimaan tiga bintang, tiga kumpualn mendapat skala dua bintang dan enam kumpulan yang mendapat satu bintang.