PROGRAM KARNIVAL “KEMAH KEMING TOLOK RASUOH’’ SEMPENA KEMBARA JELAJAH ANTI RASUAH 2017 (KEJAR ’17)

Ditulis pada .

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu yang diurusetiakan oleh Unit Integriti, Pestasi & Kaunseling PSUK telah mengadakan Karnival ”Kemah Keming Tolok Rasuoh” sempena Program Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 (KEJAR ’17) pada 21 & 22 September 2017 bertempat di Padang Astaka, Kemaman, Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu dan Pentas Budaya, Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus.

Seramai 1000 orang telah terlibat menjayakan program yang berlangsung selama 2 hari yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Kanan SPRM, Peserta-peserta Konvoi KEJAR, Ketua-ketua Jabatan Negeri & Persekutuan Negeri Terengganu, J3K, Belia, SPR dan  Komuniti setempat.

Pelbagai program telah diatur antaranya persembahan silat, penyampian bantuan kepada penduduk setempat, ramah mesra SPRM bersama penduduk, pertandingan ’Tinting Bola’ yang berlangsung di Padang Astaka, Kemaman. Manakala di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu telah diadakan penyampaian bantuan kepada ibu tunggal, penyambut ketibaan Konvoi KEJAR 2017 dan aktiviti gotong royong membersih kawasan pantai. Bertempat di Pentas Budaya, Pantai Teluk Ketapang telah diadakan perasmian Karnival ”Kemah Keming Tolok Rasuoh” yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Penyampian bantuan kepada nelayan, Gimik perasmian menarik perahu dan tebar pukat oleh YAB Menteri Besar bersama YBhg. Datuk Pesuruhjaya SPRM di pesisir pantai dan demo keropok lekor dan opok-opak. @berita dari unit Integriti, Prestasi dan Kaunseling.