MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2017

Ditulis pada .

Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia Negeri Terengganu yang bersidang pada 21hb Mei 2017 telah bersetuju memilih seramai 50 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2017 yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan di bawah Jabatan/ Agensi Negeri Terengganu.

Majlis Anugerah Perkhdimatan Cemerlang  (APC) telah diadakan pada 2hb Ogos 2017 bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman. Penganugerahan ini bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai dan kakitangan awam negeri Terengganu yang telah menunjukkan kecemerlangan kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

Penerima yang berjaya telah menerima insentif daripada Kerajaan Negeri berupa duit kecemerlangan sebanyak RM5,000.00, Anugerah Khas Menunaikan Fardhu Haji/ Umrah dan Sijil Penghargaan. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Haji Ahmad Razif Bin Haji Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu.

 

 

@berita dari unit Integriti Prestasi Dan Kaunseling.