PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) BIL.3/2017

Ditulis pada .

Program Transformasi Minda (PTM) Bil. 3/2017 telah diadakan pada 13 hingga 18 Mei 2017 bertempat di Darul Iman Training Center (DITC) Teluk Kalong Kemaman, Terengganu. Program ini dianjurkan oleh pejabat setiausaha kerajaan Terengganu bahagian pengurusan sumber manusia. Penganjuran kali ini telah melibatkan seramai 54 orang peserta lelaki dan 26 orang peserta perempuan yang berjumlah seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. objektif  program transformasi minda adalah memberi pendedahan yang sama kepada semua anggota dalam Perkhidmatan Awam mengenai sejarah negara, dasar utama Kerajaan, rancangan dan program pembangunan negara. Selain itu, Meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab sebagai pegawai awam, Memberi penjelasan kepentingan dan keperluan penyampaian perkhidmatan yang berkesan, serta memberi kefahaman asas mengenai pengurusan dan budaya kerja dalam satu-satu perkhidmatan dan organisasi yang khusus. Majlis perasmian penutup program ini telah disempurkan oleh Encik Muhamad Ridzuan Bin Hashim, Penolong Setiausaha Kerajaan (Latihan dan Kerjaya)  Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

 

@berita dari Unit Latihan dan Kerjaya.