Majlis Pelancaran Buku Ar-Ru'Asa Tokoh-Tokoh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu 1911-2016

Ditulis pada .

Majlis Pelancaran Buku Ar-Ru’Asa Tokoh-Tokoh Kerajaan Negeri Terengganu (1911-2016) memaparkan maklumat 22 orang tokoh Setiausaha Kerajaan Terengganu dari tahun 1911 hingga kini (2016).

Tujuan buku ini diterbitkan adalah untuk menghargai jasa-jasa tokoh-tokoh SUK Terengganu di samping untuk dijadikan bahan rujukan sejarah bagi generasi sekarang dan akan datang. Majlis pelancaran buku ini telah diadakan pada 27 Julai 2016 bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Kaedah kajian bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang wujud dalam buku ini ialah dengan kaedah temuramah mantan-mantan SUK dan waris-waris mantan SUK, bahan bacaan, koleksi gambar, keratin akhbar dari pelbagai sumber seperti jabatan-jabatan dan orang-orang perseorangan  contoh : Arkib Negara Cawangan Terengganu, Muzium Terengganu, Dewan Undangan Negeri Tarengganu dan beberapa orang perseorangan seperti YBhg. Dato’ Nara Setia (Dato’ Wan Isa bin Wang Long) dan YM Dato’ Tengku Ismail bin Tengku Jaafar.

Sidang redaksi bagi penerbitan buku ini terdiri daripada 13 orang diketuai oleh YB Dato’ Haji Osman bin Muda Setiausaha Kerajaan Terengganu manakala pengarah produksi ialah YM Datuk Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil. Buku ini mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan bermula Oktober 2014.

 

@berita dari Pembangunan Organisasi dan Inovasi