PERHIMPUNAN BULANAN WARGA KERJA WISMA DARUL IMAN

Ditulis pada .

Unit Integriti, Prestasi dan Kaunseling (IPK) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman bagi Bulan Oktober 2017 pada 4hb Oktober 2017 bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman.

Perhimpunan bulanan diadakan bertujuan menyampaikan maklumat-maklumat penting kepada semua pegawai dan kakitangan bagi memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Majlis perhimpunan bulanan dimulakan dengan Taklimat Keselamatan Perlindungan oleh Kapten Addy Husszairi bin Husin, Pengarah Keselamatan Kerajaan, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Terengganu dan seterusnya penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman bagi bulan September 2017. Malis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Terengganu. 

 

PROGRAM KARNIVAL “KEMAH KEMING TOLOK RASUOH’’ SEMPENA KEMBARA JELAJAH ANTI RASUAH 2017 (KEJAR ’17)

Ditulis pada .

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu yang diurusetiakan oleh Unit Integriti, Pestasi & Kaunseling PSUK telah mengadakan Karnival ”Kemah Keming Tolok Rasuoh” sempena Program Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 (KEJAR ’17) pada 21 & 22 September 2017 bertempat di Padang Astaka, Kemaman, Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu dan Pentas Budaya, Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus.

Seramai 1000 orang telah terlibat menjayakan program yang berlangsung selama 2 hari yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Kanan SPRM, Peserta-peserta Konvoi KEJAR, Ketua-ketua Jabatan Negeri & Persekutuan Negeri Terengganu, J3K, Belia, SPR dan  Komuniti setempat.

Pelbagai program telah diatur antaranya persembahan silat, penyampian bantuan kepada penduduk setempat, ramah mesra SPRM bersama penduduk, pertandingan ’Tinting Bola’ yang berlangsung di Padang Astaka, Kemaman. Manakala di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu telah diadakan penyampaian bantuan kepada ibu tunggal, penyambut ketibaan Konvoi KEJAR 2017 dan aktiviti gotong royong membersih kawasan pantai. Bertempat di Pentas Budaya, Pantai Teluk Ketapang telah diadakan perasmian Karnival ”Kemah Keming Tolok Rasuoh” yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Penyampian bantuan kepada nelayan, Gimik perasmian menarik perahu dan tebar pukat oleh YAB Menteri Besar bersama YBhg. Datuk Pesuruhjaya SPRM di pesisir pantai dan demo keropok lekor dan opok-opak. @berita dari unit Integriti, Prestasi dan Kaunseling.

 

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KEPADA JAWATANKUASA INTEGRITI DAN TADBIR URUS (JITU) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU BIL. 2/2017

Ditulis pada .

Unit Integriti,Prestasi & Kaunseling bertindak sebagai urus setia negeri telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kepada Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) Peringkat Negeri Terengganu Bil. 2 Tahun 2017 pada 7 September 2017 bertempat di Tingkat 17, Bilik Gerakan,Wisma Darul Iman.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Terengganu dan turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan serta wakil-wakil dari setiap jabatan/ agensi negeri Terengganu bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Terengganu.

Antara agenda yang dibincangkan ialah pembentangan dapatan program Comunity Integrity Building – (CIB) di kawasan Operasi Majlis Pekan Ajil, Hulu Terengganu oleh Institut Integriti Malaysia. Perkongsian program Comunity Integrity Building – (CIB) di kawasan Operasi Majlis Pekan Ajil, Hulu Terengganu oleh Ketua Pasukan Pemantau CIB. Perkongsian program Kembara Jelajah Anti Rasuah (KEJAR 17) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Penemuan laporan Ketua Audit Negara oleh Unit Audit Dalam. PSUK Terengganu, Laporan Mesyuarat JITU Peringkat Daerah serta Laporan Aduan/ Maklum Balas Pelanggan oleh Biro Pengaduan Awam dan Unit Korporat, PSUK Terengganu.

 

@berita dari unit Integriti, Prestasi dan Kaunseling.