Soalan Lazim (FAQ)

Ditulis pada .

(SEKSYEN TATATERTIB & KENAIKAN PANGKAT)

Bagaimanakah menguruskan masalah pegawai yang tidak hadir bertugas secara tenggelam timbul (sekejap hadir, sekejap tidak hadir) ?

Tindakan hendaklah diambil di peringkat awal iaitu sebaik sahaja pegawai melakukan kesalahan tersebut dan jangan dibiarkan sehingga mencapai jumlah hari yang banyak. Di peringkat awal kesalahan yang dilakukan, jumlah ketidakhadiran ketika itu masih sedikit, sebaik-baiknya pegawai diberi nasihat dan bimbingan kaunseling. Tindakan tatatertib adalah langkah terakhir sekiranya tindakan awal tidak berkesan.

 

Apakah tindakan yang perlu diambil terhadap pegawai yang hanya datang pagi dan petang untuk mengetip kad perakam waktu dan kemudiannya menghilangkan diri ?

Pegawai yang didapati melakukan kesalahan sedemikian hendaklah dibuktikan melalui saksi dan bukti dokumen yang lain (jika ada) yang jelas memperlihatkan tempoh masa beliau tidak bertugas. Tindakan yang perlu diambil adalah sama dengan kesalahan tidak hadir bertugas.

 

(SEKSYEN KEWANGAN)

Saya telah diarah menghadiri Kursus Jangka Pendek di luar Negara, adakah saya layak dibayar wang saku dan berapa kelayakan bagi bagi saya ?

Menurut cabutan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Terengganu (MMKN) mesyuarat kali ke 24 tahun 2007 pada 1 Ogos 2007, bayaran wang saku dipanjangkan kepada mana-mana pegawai yang diarah menghadiri Kursus Jangka Pendek di luar Negara dan tuan layak dibayar wang saku RM100.00 sehari sebagaimana (SUK.TR.200/233-(5)) bertarikh 29 November 2007.

 

Memandangkan harga makanan dan minuman meningkat pada masa sekarang, berapakah kadar makan minum bagi majlis perasmian sekarang ?

Kadar harga makanan bagi majlis perasmian hendak dirujuk kepada Pekeliling Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu bil. 29 Tahun 2005, iaitu jamuan teh/ makan pagi tidak melebihi RM5.00 seorang dan jamuan makan malam/ tengahari tidak melebihi RM10.00 seorang.

 

(SEKSYEN PASCA PERKHIDMATAN)

Bilakah seseorang anggota boleh memohon bersara secara pilihan ?

Seseorang anggota boleh bersara pilihan apabila mencapai umur 40 tahun.

 

Siapakah yang layak dibayar pencen apabila pesara meninggal dunia ?

Balu dan anak-anak yang umur di bawah 21 tahun.

 

Apakah yang harus dibuat oleh tanggungan/ waris kepada pesara yang meninggal dunia ?

Tanggungan/ waris hendaklah memaklumkan kepada JPA tentang kematian pesara dengan mengemukakan sijil kematian dan kad pesara asal kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam.

 

(SEKSYEN LATIHAN)

Adakah perlu seorang pegawai memohon untuk menghadiri Kursus Induksi ?

Tidak perlu memohon, Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) telah ada data maklumat pegawai yang di bawah lantikan negeri.

 

Siapakah yang layak untuk memohon menyertai kursus dan latihan anjuran INTAN ? 

INTAN sebenarnya diwujudkan untuk menyediakan ruang kepada Penjawat Awan untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan semasa dalam tugas melalui kursus dan latihan dari masa ke semasa. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab INTAN untuk menyediakan perkhidmatan latihan dan kursus kepada semua Penjawat Awam baik Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri.

 

(SEKSYEN PERKHIDMATAN)

Kenapa seseorang pegawai awam yang diluluskan cuti haji akan ditolak kelayakan cuti rehat selama dua (2) hari ?

Cuti haji tidak dikira sebagai perkhidmatan yang melayakkan dalam pengiraan cuti rehat. Oleh yang demikian seseorang pegawai awam yang mempunyai kelayakan cuti rehat selama 20 hari setahun akan ditolak cuti rehat selama 2 hari. Rujuk Perintah Am Bab C perenggan 1(ix).

 

Saya ingin meletak jawatan dengan memberi sebulan gaji sebagai pengganti notis. Adakah sebulan gaji termasuk elaun ITP, ITKA dan COLA ?

Sebulan gaji sebagai pengganti notis adalah gaji pokok tidak termasuk imbuhan tetap yang diterima. Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 23 Tahun 2009 perenggan 7 (c).

 

(SEKSYEN HRMIS)

Kenapa setelah kemaskini maklumat peribadi tetapi maklumat tidak terkini?

Kerana maklumat tersebut masih belum disahkan oleh Pengesah Maklumat peribadi. Jika disemak di menu PENGHANTARAN MAKLUMAT PERIBADI, TAB yang berwarna biru  menunjukkan ada maklumat yang belum disahkan oleh pengesah. Sila rujuk pengesah untuk sahkan maklumat berkenaan.

 

Bagaimanakah cara putus sandangan (CO) ?

Klik menu Pentadbiran Sistem untuk Kemaskini Profil Pengguna. Sila kemaskini tarikh luput sandangan CO (sehari sebelum perlantikan baru).

 

Terlupa kata laluan? Bagaimana untuk menyelesaikan ?

Hubungi Helpdesk HRMIS di agensi masing-masing untuk reset semula kata laluan dan status log masuk.