Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan
-Memastikan surat tawaran lantikan pertama dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan senarai calon yang berjaya.
-Memastikan setiap calon dipanggil menduduki Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh tutup permohonan.
-Menguruskan proses kenaikan pangkat dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh tutup permohonan.
-Menguruskan kursus perkhidmatan 8 hari kepada Penjawat Awam Negeri Terengganu.
-Memastikan bayaran Gantian Cuti Rehat (GCR) dibayar kepada bakal pesara pada hari terakhir perkhidmatan.
-Menyediakan Kew. 8 bagi sebarang perubahan dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas kelulusan diterima.
-Merekod dan mengesahkan Buku Rekod Perkhidmatan bagi sebarang perubahan tidak melebihi tiga (3) hari bekerja dari tarikh dokumen perubahan diterima.
-Menyediakan baucer bayaran ke atas bil tuntutan yang lengkap tidak lewat tujuh (7) hari bekerja dari tarikh bil diterima.
-Menyelesaikan aduan HRMIS melalui Meja Bantuan dalam tempoh tidak lebih tiga puluh (30) minit.
-Membuat semakan kertas Cadangan Penyusunan Semula Struktur Organisasi dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.