Perutusan Setiausaha Bahagian

Ditulis pada .

 

PERUTUSAN SETIAUSAHA BAHAGIAN
( PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)
TERENGGANU

 

 

Saya bersyukur kerana dalam menjalankan tugas pada masa hari ini, terdapat kemudahan-kemudahan untuk mendapat maklumat dari segi perundangan, pekeliling dan juga peraturan-peraturan kerja seharian dapat dihujung jari.Dunia hari ini telah berlalu begitu cepat sekali dengan adanya penggunaan peralatan ICT kita dapat memendekkan atau dengan cepat untuk menyelesaikan sesuatu hal dengan menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pelbagai jabatan dalam membina dan membangunkan blog-blog dan juga laman web bagi  kegunaan  sekarang ini.Walau bagaimana pun kegunaan ICT ini juga tidak dapat lari dari perkara-perkara  yang kurang sihat seperti laman-laman yang negatif.

Oleh yang demikian terdapatlah peraturan-peraturan dalam penyebaran maklumat melalui ICT dikeluarkan oleh Kerajaan bagi membendung permasalahan ini.Saya mengharapkan dengan adanya laman web Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Sumber Manusia) dapat memberi sedikit sebanyak kepada pelayar-pelayar dalam mencari maklumat berhubungkait dengan sumber manusia dan juga mengenai hal-hal perjawatan di Negeri Terengganu ini.

Akhir kata saya mengucapkan selamat melayari.

 


(Tuan Haji Marzuki bin Endut)